"Husna....cukuplah bersedih. Yakinlah bahawa Allah sangat menyayangi dirimu nak...Bangkitlah anakku. Ada yang masih memerlukanmu..Bangkit Husna. Lihatlah anak-anakmu. Mereka memerlukan kekuatan darimu..Umi yakin ada hikmahnya di sebalik perpisahan Husna dan Asyraf. Biarlah dia dengan kebahagiaan yang dicarinya.." Mak Cik Zainab menggosok perlahan bahu anaknya untuk memujuk.
Disekanya air mata Husna yang masih laju mengalir. Dia faham. Amat faham kesakitan yang dirasai Husna..Semuanya kehendak Allah. Dia redha dengan ujian yang Allah beri buat Husna. Namun hatinya tetap perit melihat Husna yang kini begitu cengkung..
"Umi..Husna bukan sedih berpisah dengan abang tapi hati Husna sakit bila dia sengaja memburuk-burukkan Husna depan perempuan tu, depan kawan-kawannya. Apa salah Husna umi? Apa salah Husna pada abang? Selama ni Husna jaga hubungan Husna dengan abang. Walaupun Husna bukan isteri yang sempurna tapi Husna cuba penuhi segala keperluan abang. Husna sanggup kongsi segala susah senang dengan abang..Kenapa umi.. kenapa abang sanggup buat husna macam ni?" rintih Husna.
"Sabar Husna.. Tak baik merintih nak..Ingat Allah. Ingatlah Husna adalah orang yang terpilih untuk diujinya. Dan orang yang diujiNya itu tandanya Allah sayangkan kita. Sabar nak." Mak Cik zainab mula sebak. Dipeluk Husna untuk memberi kekuatan...
No comments:
Post a Comment